Monday, August 13, 2012

Selangkah Memperkasakan JAWI

      Slide powerpoint di blog ini diambil daripada "Unit Pengkaedahan JAWI Yang Disempurnakan Daerah Gombak", yang diketuai oleh Ustaz Aziz Bin Dollah selaku Penyelia KAFA Gombak, Ustazah Anita (SRAI Taman Keramat), Ustazah Zaidah (KAFA BCH), Ustazah Azizah, Ustazah Wan Marina dan dipengerusikan oleh Ustaz Suraman Bin Makkazin (Guru Besar SRA Nurul Iman). Sebarang perkongsian ilmu bolehlah berhubung dengan mereka semua di sini.

      Untuk makluman, di Gombak, kami di kerah oleh PPTAD Pendidikan untuk memastikan PnP yang digunakan adalah berkesan dan mampu menerbitkan konstruk dikalangan pelajar. Terutamanya mata pelajaran Jawi, bertitik tolak daripada pelagai cemuhan dan bebelan dikalangan beberapa guru di daerah ini, berkaitan dengan masalah pelajaran Jawi di kalangan pelajar, maka dengan itu, PPTAD dengan penuh kesungguhan menjana idea untuk mewujudkan team Jurulatih Utama (JU) bagi mengemudi panitia Jawi daerah Gombak bagi mencari pengkaedahan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah buta Jawi ini. Melalui bimbingan Ustaz Haji Azman Bin Ahmad dari Dewan Bahasa dan Pustaka, team Jawi Gombak selangkah ke hadapan berbanding daerah lain dalam memastikan matapelajaran Jawi dapat dikuasai oleh murid umumnya. Melalui penyampaian ceramah "Pengkaedahan Jawi Disempurnakan oleh DBP" kepada guru-guru SRAI/SRA/KAFAI Gombak, akan memahirkan lagi guru-guru dalam subjek yang tenggelam zaman ini. Mudahan guru-guru yang megikuti kursus akan lebih yakin dan mahir dalam bidang pelajaran Jawi yang dikatakan kaedah Jawi baru ini. Begitu juga kepada guru-guru yang baru berjinak-jinak dengan subjek ini.

Akhir kata, timbalah ilmu yang dicurahkan, dan sebarkanlah agar ilmu Allah SWT kembali subur di muka bumi ini. InsyaAllah...

Blog pembelajaran ini akan diupdate dari masa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan, insyaALLAH.